Tuesday 13 December 2011

Meneruskan Karya melalui DETGUAQ


Aku dapati ramai yang merungut bahawa susah untuk mencapai blog pelantaqhujah.  Ini adalah diakibatkan blogger content warning yang menyebabkan ramai pihak tidak berani untuk meneruskan perjalanan merentasi amaran oleh pihak blogspot.com.  Walaupun aku dah membaut beberapa aduan kepada admin blogspot untuk 'remove' blogger content warning', namun ianya tidak diendahkan oleh mereka.  Mungkin bahasa aku tidak menepati maksud yang mereka fahami...

Oleh itu setelah aku pada hari ini berasa sedikit agak sihat setelah pagi tadi sejam aku duduk diatas arus elektrik bervoltan rendah disatu pusat terapi elektrik bagi mengembalikan tenaga aku yang banyak hilang akibat demam hampir seminggu, bersempena pertabalan DYMM Sultan Kedah, payung negeri yang amat rakyat Kedah kasihi termasuk aku sebagai rakyat raja sebagai YDP Agong pada hari ini, 13/12/2011 maka aku akan menggunakan platform ini sebagai meneruskan pandangan, cadangan, komen, kritik dan juga petikan-petikan yang menarik samada dari blog-blog rakan lain mahupun dari akhbar-akhbar tertentu.

Semua ini aku buat untuk membantu sekadar mampu dengan kedudukan atau kelas aku dalam strata politik sedia ada hanya satu tujaunnya iaitu bagi memastikan KEDAH KEMBALI DIRAMPAS DARI TANGAN MEREKA YANG HANYA PANDAI BERCAKAP TAPI KERJANYA HANCUR KETANGAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO bagi kelangsungan survival politik yang teracuan sebegitu cantik semenjak merdeka dahulu lagi.

Terima kasih kepada rakyat yang telah memberi pengajaran berupa peringatan bahawa mereka bukannya tidak mahu lagi berada dibawah pentadbiran UMNO/BN, tetapi muak dengan perangai segelintir pemimpin baik bertaraf Perdana Menteri, Menteri, wakil-wakil rakyat mahupun ketua-ketua bahagian yang terlalu jauh hanyut dibuai khayalan sehingga lupa kepada rakyat yang tetap mahukan BN/UMNO menaungi mereka.

Aku harap terus mendapat sokongan dari pengunjung-pengunjung yang biasa bertandang di pelantaqhujah ke tempat baru ini.

DETGUAQ.

No comments:

Post a Comment