Akhirnya segala yang kerap diperkatakan dikalangan rakyat biasa seluruh negara hari ini diperkukuhkanlagi oleh kenyataan Negarawan Ulung Negara, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Tun M : Ada NGO Tajaan AS Bantu Usaha Guling Kerajaan BN????...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sambil
menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media,
Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa
besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang
tidak memihak kepada mereka.
“Bila
lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia,
mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu
badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu
untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada."
“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di sini semalam.
Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.
“Tanpa
bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna
kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin
kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.
“Sebab
itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan
badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu."
“Kalau
IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji
segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab
itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti
ini,” katanya.
Mengenai
pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui
gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan
mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.
Katanya,
menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba
mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang
tunduk kepada kuasa besar itu.
“Perubahan
rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang
tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang
menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana
Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini... nak bagi kebebasan
pada rakyat."
“Dia
dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa
orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh
khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang
mereka tidak suka,” katanya.
No comments:
Post a Comment