Thursday, 26 January 2012

Tabung Amanah Pilihanraya 1


Kedah Terlalu Harapkan Kerajaan Pusat Tarik Pelabur
ALOR SETAR, 26 Jan (Bernama) -- Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim," katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini Khamis.

Katanya tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.

Beliau berkata Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.

"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.

"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik," katanya.

Kata Mukhriz beliau tidak dapat menyatakan dengan jelas sebab-sebab berlakunya kemerosotan itu tetapi akan meningkatkan daya tarikan Kedah sebagai destinasi pelaburan kepada syarikat-syarikat tempatan dan asing.

"Kita kena faham negeri-negeri lain yang selalu lebih berjaya daripada Kedah dalam menarik pelaburan adalah negeri-negeri yang mempunyai prasarana yang cukup iaitu dari segi lebuh raya, pelabuhan, lapangan terbang dan juga kemudahan lain seperti kemudahan institusi pengajian tinggi yang akan memudahkan syarikat-syarikat perkilangan tersebut."

"Sebab itulah negeri-negeri seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang selalu mendapat kedudukan yang tinggi," katanya.

Untuk 2011, Mukhriz berkata Sarawak berada pada kedudukan teratas kerana pembukaan kawasan industri baru yang melibatkan pelaburan yang agak besar dan ada juga yang memerlukan tenaga elektrik dari sumber-sumber seperti projek Bakun.

Pada 2010, Sarawak berada pada kedudukan keempat.



-- BERNAMA

PASrael Kedah temui formula untuk PRU13?

DEDAH!! PAS KEDAH JUAL GUNUNG UNTUK DANA PRU??

Apa nak jadi dengan warga Baling yang mengundi pas ni,sudah la dapat bantuan buat rumah pprt hanya rm50 saja di sini,kali ni penduduk Baling ditimpa bala sekali lagi apabila Gunung Pulai yang menjadi tarikan penduduk setempat terkenal dengan batu batuan yang berkualiti akan dijual dengan harga RM 50 JUTA.

Ikuti pendedahan daripada TEAM MEDIA KEDAH 



Projek menyapu bersih harta bumi Kedah oleh kerajaan Pas, tidak berhenti setakat tanah wakaf, balak dan pasir sahaja. Kali ini mereka bertindak lebih berani dengan cubaan menjual Gunung pulak. Gunung yang Mc maksudkan adalah 'Gunung Pulai' yang terletak di Baling Kedah. Gunung Pulai terkenal dengan batu-batu berkualiti dan mempunyai beberapa Gua asli yang begitu berharga.

Cubaan menjual Gunung untuk dijadikan kuari batu dengan harga rm50 juta telah dibantah oleh penduduk kampung disekeliling Gunung tersebut, termasuklah penduduk di Kampung Paya Lama.

Pemaju kuari yang disokong oleh kerajaan negeri, mengunakan pelbagai cara untuk memujuk penduduk kampung, termasuklah dengan merasuah lembu bagi mengadakan korban pada hari raya yang lepas.

Bancian penduduk terhadap kuari itu telah 3 kali dilakukan, namun penduduk semuanya sepakat untuk menolak projek kuari batu yang mereka khuatiri akan menjejaskan kehidupan mereka.

Baca surat bantahan dari penduduk di sini

KOHILAL: Lingkup pasal apa?


Pengurusan tidak amanah punca kegagalan koperasi - Tun Mahathir

26/01/2012 4:23pm

ALOR SETAR 26 Jan. - Sikap tidak amanah anggota atau pihak pengurusan menjadi punca utama kegagalan perniagaan berkonsepkan koperasi di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Saya difahamkan ada lebih 8,000 koperasi di negara ini tapi hanya 20 peratus daripadanya yang dapat menjalankan perniagaan dengan cara yang baik.
"Kalau ada koperasi tidak berjaya, bila diselidik ada masalah tadi (tidak amanah). Apabila terima tanggungjawab, hendaklah tunaikan dengan sempurna,” katanya pada sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini.
Beliau berkata, amat sukar untuk mencari individu yang benar-benar jujur kerana ramai yang tidak amanah dan gelap mata apabila berurusan dengan wang.
Katanya, dalam aspek pengurusan wang, perlu ada kecekapan dalam kalangan pihak pengurusan serta anggota koperasi kerana ia akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan.
Dr. Mahathir berkata, perniagaan berkonsepkan koperasi bukanlah mudah untuk diuruskan kerana ia terpaksa bergantung kepada orang yang sanggup bekerja tanpa bayaran yang tinggi.
Katanya, untuk mendapatkan keuntungan, kos pengurusan perlu dikurangkan dan kadang-kadang terpaksa menggunakan pegawai sukarela yang mungkin tidak cekap dalam bidang perniagaan.
"Dalam perniagaan, kecekapan sangat penting dan kalau tiada kecekapan, kita akan rugi... kita dapati banyak perniagaan koperasi jarang dapat keuntungan kerana kurang kecekapan,” katanya.
Ketika ditemui pemberita, Dr. Mahathir berkata, terlalu banyak peluang untuk bumiputera menjalankan perniagaan dan jika ia digunakan sebaiknya mungkin 60 peratus bidang ekonomi sudah dapat dikuasai kaum Melayu khususnya.
"Kita bagi peluang untuk orang Melayu bumiputera berniaga dalam bandar dengan adakan sistem francais sebab nak buat sendiri tak tahu, kita jemput orang Melayu ambil bahagian, modal tak besar, promosi pun dah ada.
"Tapi mereka tak minat barang kali sebab perniagaan kecil, untung pun kecil, mereka nak besar tapi kalau tak mahu yang kecil, sampai bila pun kita jumpa akan peniaga Cina saja,” Dr Mahathir.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan perlu berusaha mencari pasaran lain yang lebih baik selain Eropah ekoran kelembapan ekonomi di benua itu pada masa ini.
Beliau berpendapat Eropah tidak akan pulih semula buat beberapa tahun lagi dan sudah tidak boleh bersaing dengan negara seperti China, Jepun dan Korea.
"Eropah jadi rakan dagang kita, dia berdagang dengan kita sebanyak lebih 20 peratus, kalau dia tak dak duit nak beli barang kita, kita tak boleh nak dapat keuntungan.
"Kalau tak berjaga-jaga, tak kerja kuat cuma minta gaji lebih keluaran tak meningkat kita akan jadi macam Eropah, ini pada pendapat saya,” katanya. — BERNAMA

Wednesday, 25 January 2012

KAKI SIAM DERMA RM100,000.00!!!!




Panas!!! Dato Latt Shariman buat hal lagi di Kedah

RM100 RIBU BANTUAN BUAT SEKOLAH MENENGAH AGAMA NAHDZAH

Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000.00 untuk SABK An Nadhzah Bukit Besar, Kota Sarang Semut yang mengalami kebakaran asrama melalui Dato' Latt Shariman Abdullah,Tindakan pantas Dato' Latt menghubungi YAB Perdana Menteri yang menjadi pembuka RM100K untuk pihak sekolah.


Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada pukul 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah Adnan Osman berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu setelah seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar katil, tilam serta buku-buku sekolah sahaja," katanya.

Katanya blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak Abdul Muin Ayob, yang mengetuai operasi memadam kebakaran, berkata bomba menerima panggilan pada pukul 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah membaik pulih asrama itu. – Bernama


Sumber :- Team Media Kedah

TOK LATT KAKI PI SIAM?




Kenapa ye Datuk Latt suka masuk siam??

Terkejut juga bila ramai orang kata Tok Latt ni suka masuk Siam,,selalunya kalau orang muda masuk siam ni anggapan orang dah menjadi lain..orang akan mesti kata cari ayam siam kat sana..ayam siam memang tip top,,ish,,ish tak kan kot Tok Latt buat kerja macam tu???

Namun sekarang telah terjawap kenapa Tok Latt suka masuk Siam,,segala fitanah telah terjawap,di siam,Tok Lat bukan dok pi cari ayam siam untuk tambahkan dosa,,Tok Latt pi siam dok cari pahala,,dengan memberi bantuan di Madrasah sebelah siam..kalau kita lihat di Kuala Kedah Masjid Aman tu try hampa tanya tenggok siapa punya tanah??hampa tanya tengok kat masyarakat Kuala Kedah apa yang Tok Latt telah memberi bantuan??hampa try tanya Barisan KOLA yang kepunyaan Tok Latt apa fungsinya,??

Untuk pengetahuan Hampa,kalau banjir ka,kebakaran ka,,ribut melanda ka,,Barisan KOLA ni lah yang sampai dulu,,Barisan KOLA kepunyaan Tok Lat,ianya berfungsi untuk masyarakat Kuala Kedah ketika menghadapi bencana,,kalau lalu Kuala Kedah,,kalau nampak kenderaan yang bertulis Barisan KOLA,hampa try pi tanya tengok betul ka tak,,siap ada bot lagi untuk bertindak di musim banjir

Pisau Kedah nak tunjuk gambar-gambar pendedahan Tok Latt masuk siam







Tempat yang Tok Latt selalu pi namanya Sekolah Pondok Darulmaaref,Satun,Thailand..kalau tak percaya pi la tanya tengok kat orang di sana..kalau hampa nak tau keturunan Tok Latt adalah keturunan dermawan,,kalau hampa dok fitnah,,hampa menjawap la sendiri akhirat nanti...

Kaki Pungkoq tentunya defend KAKI PUNGKOQ!



Rosmah Mansor Belanja RM300k Di Australia - Siapa Sebenarnya Penulis Berita Tersebut?


Sebelum ini portal seperti Malaysiakini & The Malaysian Insider ada memainkan cerita kononnya Rosmah Mansur isteri kepada Perdana Menteri berbelanja mewah semasa bercuti di Australia. Rosmah Mansur didakwa berbelanja sehingga RM300,000 untuk membeli-belah serta bersiar-siar di sana.

Berita yang ditulis oleh Andrew Hornery itu hangat disambut oleh beberapa penulis blog pembangkang sehingga mungkin ada di antara kita yang percaya dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Andrew Hornery hanyalah seorang penulis yang menulis berita gossip semata-mata.

Beliau bukanlah berkemampuan menulis berita isu-isu semasa serta isu-isu politik dunia. Bila sudah bergelar penulis gossip, kebanyakkan dari penulis jenis ini hanya menulis berdasarkan cakap-cakap kosong tanpa disertakan mana-mana bukti kukuh.

Andrew Hornery juga pernah disenaraikan di antara penulis paling buruk di Australia untuk dua tahun berturut-turut.

Australia Worst Journalist 2009
Australia Worst Journalist 2011
Bukan itu sahaja Andrew Hornery juga dikenali sebagai GOSSIP QUEEN AUSTRALIA, beliau juga mempunyai latar belakang yang meragukan sama seperti Anwar Ibrahim kerana dalam dunia kewartawanan Australia Andrew Hornery dikenali sebagai Open Gay Transsexual.


Sebelum ini beliau hanya menulis mengenai dunia Gay, Lesbian dan Transgender. Bolehkah saudara pembaca percaya berita yang ditulis berdasarkan gossip semata-mata?

Lebih teruk lagi ianya ditulis oleh penulis yang tersenarai sebagai 10 penulis paling teruk di Australia?

Lebih memalukan ianya ditulis oleh penulis yang kehidupan seksnya lebih kurang sama dengan Anwar Ibrahim?

Saya secara terus terang saya tidak percaya, sebab saya bukan MiloSuam...

Hahahaha!

Monday, 9 January 2012

Anwar meliwat secara SUKA SAMA SUKA!


Walaupun sorak-sorai penyokong Anwar masih belum reda sehinga ketengah malam ini dan aku percaya tetnu ada majlis-majlsi keraian oleh penyokong-penyokong beliau dengan pelbagai cara dan gaya, bagi kita yang berada disebelah sini dan rakyat yang berada ditengah-tengah tentunya boleh terus sedar akan keadaan sebenar, iaitu Anwar memang seorang PELIWAT dan juga PENZINA berbukti.

Mari kita ungkap balik cerita-cerita sebelum ini yang aku kutip dari blog pembangkang yang mungkin akan puji Karpal melambung-lambung kerana keputusan hari ini sebaliknya kesan jangka panjang sudah dapat kita duga, iaitu Anwar bebas dari tuduhan tetapi kekal dengan stigma sebagai KAKI LIWAT danb PENZINA berbukti.

Jom.....

Kes Fitnah II Datuk Seri Anwar: Apa Motif Karpal Singh?

SEBAGAI seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar dimasa hadapan.

Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.

Penulis boleh faham tujuan Karpal membangkitkan perkara tersebut – untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar seterusnya mencerahkan peluangnya untuk dibebaskan. Tetapi sedarkah Karpal bahawa perbuatannya itu hanya akan merosakkan karier politik Anwar dalam jangka masa panjang – kalau pun tidak ‘membunuhnya’ (karier politik) terus!!

Terus baca di sini.


Kupasan panjang lebar dalam AIDC mengenai kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh peguambela Anwar juga boleh kita nilaikan duduk perkara ini.