Tuesday 13 December 2011

Dalam Perlembagaan PAS boleh Blow Job Ke?



Panas gila!!!!! Pelajar Madrasah Darul Ulum kena tangkap tenggah blowjob



PAS dengan sexs tak dapat di pisahkan


  Kolej Islam Madrasah Darul Ulum (MDU) Pokok Sena,yang di miliki sepenuhnya oleh PAS Kedah,,yang memeranjatkan Pisau Kedah,pada 10/12/2011 pukul 11,Tentera telah menahan 2 orang pelajar semester ke 2 Kolej tersebut sedang Blowjob di ladang getah berhampiran sempadan Malaysia-Thailand Kota Shah Putra.ketika kejadian Blowjob pasangan terbabit berada di dalam kereta..pasangan tersebut telah di serahkan kepada Pejabat Agama Padang Terap untuk tindakan..sungguh memalukan,,berjayakah PAS Kedah mendidik akhlak orang muda,tambahan pulak di pusat pendidikan PAS Kedah
   Sekiranya bersangkutan dengan kes keruntuhan Akhlak,pasti Cybertrooper PAS akan menunding jari pada BN,,nah sekarang apa yang berlaku apa yang PAS ajar?berjayakah PAS?.kalau bab nak hantam orang cukup hebat la Cybertrooper PAS ni,,ayat punya la putaq belit nak lindungkan kesalahan.

Kredit to: Aktivis Umno Pekan Naka di atas info anda

Hebat betul la ajaran PAS ni,,lulusan pendidikan PAS,,

PAS Kedah akan sedia menggadaikan kerusi PAS di Kedah untuk DAPig



Angin bertiup kencang tandanya musim angin timur.tapi khabar angin ni lebih kencang dengan pengesahan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah di atas,sumber boleh di percayai mengatakan Calon melayu DAP berjawatan besar dari Kuala Lumpur,sumber klik sini
Maka sekiranya bertanding di Kedah,maka calon melayu DAP tu ada harapan jadi Menteri Besar Kedah sekiranya PR menang....maka tergadai la Kedah pada DAP..Jika di kaji,,DAP ni cuma nak perkuatkan kerusi dalam PR,DAP ni tak mahu parti lain lebih berkuasa di dalam PR selain DAP,,nampak sanggatlah PAS Kedah dah jadi Tunggangan DAP..

Kroni Azizan Buat Hal Lagi.



SEPUPU AZIZAN BUAT HAL LAGI..


SUN NO SEE Md GELAP
Jiwa Azizan lebih dari orang UMNO.Tang ni saya sokong. Sepupu dia, penasihat utama iaitu DATO HAJI PUAT HAJI MOHD ALI yang juga Pegawai Kewangan Negeri diberi kuasa luluskan projek selenggara jalan negeri guna duit kerajaan pusat dan serah projek pada kontraktor yang dulunya 'mantan' Bendahari UMNO Jerlun. Walhal STDC ada, Bina Kuari ada, PKB ada kenapa tidak diberikan kepada SLC, bolehlah keuntungan disalur balik dalam akaun negeri.
Sebagai balasan kontraktor berkenaan membaik pulih rumah lama PUAD di Jalan Kuala Kedah, dengar kata kosnya berjuta.
Apabila landasan berkembar projeknya giat dijalankan, justeru flyover dibeberapa kawasan harus dibina misalnya melewati Masjid Jalan Sultanah. Ada satu lagi rumah DATO PUAD disitu, jadi kontraktor terpaksa menebang pokok mahagoni yang ada didepan rumahnya, namun pokok tersebut sebenarnya ditanam oleh MBAS dan terletak dalam kawasan rezab jalan. Tapi dengan kuasa dia selaku sepupu MB, kontraktor diarah bayar sejumlah RM150,00 pada dia.
Khabarnya projek SULIH yang dah jadi projek kalih DATO PUAD lah bermati-matian pertahankan dan brief AZIZAN bahawa viable projek tu, walhal DATO PUAD dah kena kencing dengan MERAPOH.
Demikian juga projek K-KELI, dan investment tebang balak di PAPUA NEW GUINEA. Dua-dua projek ni rugi.. rugi.. duit rakyat hilang, projek K-GELI (RM400 ribu). Tebang balak di PAPUAN NEW GUINEA hilang RM8 juta, Akashah mana pi dah? HILANG dengan duit rakyat RM8 juta.
USTAZ.. USTAZ, saya puji ustaz cukup baik, tetapi penasihat Ustaz semuanya punahsihat dan jadi pelingkup kerajaan PAS.. Saya kesian kat USTAZ, dah la mata kian blur, tak nampak orang dah.. hanya cam suara saja, makin penat, jantung tak berapa kuat lagi, kalau sepupu USTAZ dok buat kelaku dan kerja begini, habislah USTAZ.. Ustaz bukan sahaja jadi bahan maki dan dimarahi penyokong PAS, malah rakyat satu Kedah. Walau macamana pun USTAZ saya akan tetap sokong dan undi USTAZ dalam pilihanraya umum nanti, itu sudah pasti.
Saya akan balik ke Sungai Limau kampung saya untuk undi ustaz.Tapi saya undi ustaz saja, calon PAS yang lain kita pakat tolak ustaz, sebab macam ustaz kata depa semua BODOH, BANGANG dan tak pandai buat kerja. Macam ustaz selalu merungut, lepas PRU nanti serah balik kerajaan kat BN, senang sikit, ustaz tak payah pening kepala melayan perangai bahlol lembu-lembu pakai lebai ni ustaz. Ustaz jangan bimbang, kebajikan sepupu USTAZ, DATO PUAD tetap terjamin.. Dia boleh terus jadi PEGAWAI KEWANGAN NEGERI sampai mati, dengan syarat kerja secara FREE.. Sebabnya duit negeri dah banyak dia ambik ustaz, dia tipu ustaz keliling, TAK BOLEH PAKAI PUNYA SEPUPU!!!!!
DATO PUAD TAK PA, dia dan bini dia DATIN CHE BARNI (macam BARNEY pula bunyinya) siapapun kerajaan yang naik mereka berdua tetap kekal sebagai PEGAWAI TINGGI KCS.. Apa la nak jadi Kedah
LA NI..Ish..ish..ish
Nota: Kedah Times terima luahan ini dari seorang pengirim Anon. Atas kesungguhan beliau maka Kedah Times siarkan juga keluhan ini. Tiada kaitan dengan Kedah Times.

Kami Hutang, Orang Lain Bayarlah.....

Pendedahan oleh Mc Theory bahawa KUIN masih lagi tertunggak hutangnya yang mencecah jutaan ringgit tidaklah menggemparkan.  Ini kerana jumalh hutang asas kepada Bank-bank terbabit ialah 350juta.  Lagi pula Ostat Azizan sudahpun mempertahankan tindakan kerajaan secara lebih awal dengan menyatakan "Siapoa yang menjadi kerajaan SELEPAS ini, merekalah yang kena membayar hutangnya".


 GEMPAR!! KOLEJ UNIVERSITI DAN INSANIAH MASIH HUTANG BANK BERJUTA-JUTA??



Kolej Universiti Insaniah salah satu projek kebanggaan Pas Kedah. Walaupun asalnya projek ni dimulakan oleh kerajaan BN Kedah yang dahulu. Namun kerja menaik tarafkan kolej ini adalah kerja kerajaan Kedah yang ditadbir oleh Pas.

Bab ni Mc ucap tahniah, sebab dari satu kolej biasa, Pas dah buat jadi Kolej Universiti Antarabangsa. Semua bangsa ada disitu semua kaum pun boleh belajar. Hinggakan Somalia pun ada kat sana.


Bukan itu yang jadi persoalan Mc. Mc nak tanya, ada sumber memberitahu bahawa KUIN masih lagi berhutang berjuta-juta dengan bank akibat projek naik taraf, dan pembayaran baliknya masih lagi ditangguh oleh kerajaan negeri?

Orang yang memberitahu Mc mengenai hal ini bukan calang-calang orangnya. Andaikata Mc taip namanya disini, ramai orang kenal.

Andaikata pembaca ada maklumat yang detail mengenai perkara ini boleh emailkan kepada Mc (McTheory@yahoo.com)

McTheory:
Antara satu hutang Pas yang bakal diwarisi UMNO..

Contohilah Ahli Parlimen pkr Ini. TERHEBAT!



 CONTOH AHLI PARLIMEN PKR YANG HAPRAK.

ahli parlimen pkr. di atas adalah foto pelajar yang mendapat bantuan pelajaran MARA di UIA, bernama yusmadi yusof. dia adalah ahli parlimen balik pulau.

sebut dan kupas cerita mengenai pkr, ianya takde lain selain DIA AJE YANG BETUL.

semua orang salah.
sistem pendidikan salah.
demokrasi malaysia salah.
agama islam sebagai agama rasmi salah.
desentralisasi dan pembahagian kek ekonomi salah.

salah itu salah ini salah sinun salah sinin.

kerana percaya kepada cakap pkr, rakyat telah cuba-cuba nak bagi peluang kepada pkr memerintah.

parlimen dah diberi.
dun dah diberi.
negeri pun dah diberi.

tiap malam mereka berceramah mengenai kelemahan sistem BN.

tiap malam mereka berceramah mengenai iltizam mereka mahu memperbaiki semula perjalanan sistem politik  dan pentadbiran negara.

ketuanan rakyat.
hak rakyat.
kuasa rakyat.

semuanya cerita bab rakyat.

penceritaan dan hikayat masturbasi ini diteruskan lagi dengan kertas cadangan pakatan kepada rakyat.

kesepakatan pakatan pembangkang lalu menubuhkan ide buku jingga, sebut jinggay.

jinggay ini pula telah diterjemahkan dalam banyak agenda perjuangan mereka terutama sekali sewaktu pembentangan bajet.

rakyat tercengang. cakap mereka adakah serupa seperti yang dibikin ?

tak..jawapannya tak. aku cakap tak pasal bagaimanalah implementasian menegakkan hak rakyat itu boleh tertunai sekiranya mereka yang dipilih dalam parlimen dan dun kerap keluar dewan, kerap demo luar dewan,demo depan bangunan parlimen dll.

satu hal dah mula kenampakan. mereka cakap dan tak serupa bikin.

contoh terbaik adalah seperti foto di atas.

foto ahli parlimen balik pulau bernama yusmadi yusof.

bekas pelajar universiti malaya ini merupakan contoh terbaik pelajar yang dihasilkan oleh kerajaan.

mendapat pendidikan dalam general law UIA.

hari ini dia menjadi penentang kerajaan.
bukan kemain dia menentang kerajaan.

siang malam menghentam kerajaan. dia memperjuangkan buku jinggay, iaitu buku yang mengkitabkan desentralisasi pembahagian ekonomi, kebajikan ekonomi, urustadbir ekonomi yang mapan.

urustadbir ekonomi yang mapan dalam maksud pengurangan hutang dan defisit.

selama ini yusmadi menghentam kerajaan kerana kerajaan terlalu banyak berhutang.

rakyat terpaku dengan silap mata dan gimik ekonomi yusmadi.

errrr...memperjuangkan urustadbir dan pengurangan hutang ??
serius ?
serius ?
betul ke ni yusmadi ?

kau bercakap mengenai kelemahan kerajaan dalam mengawal hutang.

SOALAN RAKYAT KEPADA AHLI PARLIMEN BALIK PULAU ?

benarkah dakwaan ,sewaktu kamu belajar di universiti malaya,pembiayaan pendidikan kamu ditanggung sepenuhnya oleh MARA aka majlis amanah rakyat ?

SOALAN KEDUA ?

benarkah kamu hingga ke hari ini masih gagal membayar hutang/pinjaman dari MARA ?

kalau kamu sebagai individu sendiri GAGAL dalam mengawal tadbir perjalanan hutang peribadi, bagaimana pula keupayaan kamu nak mengawal selia pentadbiran ekonomi negara ?

JAWAP YUSMADI, BENARKAH KAMU BELUM LAGI MEMBAYAR HUTANG MARA ?

Miss Line Alingmnet dan 50 BAS




 50 BAS PENEROKA SERTAI MAZLAN ALIMAN BERDEMO

Petualang FELDA
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman mengetuai sekumpulan peneroka FELDA berdemo kerana membantah penyingkiran Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab. Mereka berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dan menyerahkan memorandum kepada Felda yang menuntut supaya Datuk Zulkifli dikekalkan sebagai Pengarah Besar Felda.

50 orang aje yang hadir. Yang lain tak sokong.
Nampak sangat Mazlan dan 50 bingai anti saham (bas) yang menyertainya berdemo itu tak faham bahawa Datuk Zulkifli masih lagi berjawatan sebagai Pengarah Besar Felda dan Felda tidak pernah melucut atau memecatnya dari jawatan tersebut.

Nampaknya usaha besar Mazlan Aliman berjaya juga membawa 50 orang peneroka yang bingai, bangang dan tak tahu  bersyukur untuk turut sama membuat dan menjayakan kerja gilanya. 

Namun dalam masa yang sama Mazlan kena tanya diri sendiri sekali lagi apakah yang diperjuangkannya sekiranya hanya dapat membawa 50 orang peneroka dari jumlah keseluruhan 112,635 orang di seluruh negara. Dan juga kepada 50 orang yang mengikuti Mazlan tersebut kena le tanya Mazlan pula, berapa bayaran yang Mazlan dapat untuk demo ini?


**50 Bingai Anti Saham atau 50 Bahgal Ahli Sengal?  Benarkah mereka ini peneroka?Siapa yang mengesahkan keahlian mereka sebagai peneroka?Atau mereka ini hanya sipengambil upah untuk berdemo dengan sedikit upah seperti sebungkus nasi campur bersama air sirap limau.

Kalau Boleh Kat Depa(PKR), Macam Bagi Kat Yahudilah Malaysia ni.

Kalau dilihat gaya, kalau dilihat geraknya, kalau penampilannya, pakaiannya, aksesori yang melilit tubuhnya kita tidak perlu hairan dari mana beliau mendapatkan wang haramnya. Saban waktu terbang kesana kemari sambil mencari jantan, sambil ligat memburukkan negara sendiri sehinggakan anak lelakinya juga begitu terganggu dengan cara politik kotor yang beliau lakukan dan seperti dipukau diturut oleh isteri dan anak perempuannya. Kesian suami kepada anak perempuannya yang juga kroni dlm politik sebakul mereka.

Akhirnya segala yang kerap diperkatakan dikalangan rakyat biasa seluruh negara hari ini diperkukuhkanlagi oleh kenyataan Negarawan Ulung Negara, Tun Dr Mahathir Mohammad.


 Tun M : Ada NGO Tajaan AS Bantu Usaha Guling Kerajaan BN????...


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beberapa pemimpin dalam parti pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tajaan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasai rejim Yahudi untuk mengguling dan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan AS dikuasai sepenuhnya golongan Yahudi menerusi media, Hollywood dan sumber kewangan, beliau berkata, menjadi hasrat kuasa besar itu untuk mengadakan perubahan rejim bagi semua kerajaan yang tidak memihak kepada mereka.

“Bila lihat ada negara yang tidak bersetuju dan menentang, termasuk Malaysia, mereka hendak membuat perubahan rejim di negara ini. Mereka tubuh satu badan dan dibekalkan dengan wang untuk disogokkan kepada pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada."

“Saya nak bagi nama, saya tidak tahu tetapi ada anggota pembangkang dan dalam Majlis Peguam yang terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis Bicara Negarawan di sini semalam.


Beliau diminta mengulas laporan AFP semalam bahawa ada bukti NGO tajaan AS cuba mengkucar-kacirkan Kerajaan Malaysia dan mengembalikan kuasa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir yakin dengan bukti yang kukuh, kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung gerakan itu.

“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh bertindak sebarangan dan tidak boleh guna kuasa untuk menangkap orang, kena ada bukti yang jelas dan saya yakin kerajaan akan mengambil tindakan,” katanya.

“Sebab itu ada usaha untuk tukar rejim yang tidak secocok, mereka menggunakan badan dan orang tertentu untuk menjayakan hasrat itu."

“Kalau IKD bergerak untuk meneliti dasar tidak mengapa, tetapi kalau nak kaji segala dasar macam Dasar Ekonomi Baru, nampak jelas tujuan mereka. Sebab itu kita harus berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan pihak seperti ini,” katanya.

Mengenai pemimpin politik yang menjadi ejen kuasa asing, Dr Mahathir mengakui gerakan Yahudi mempengaruhi seorang daripada pemimpin negara dan mendakwa Anwar berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz, seorang daripada pemikir barat prozionisme neokonservatif di AS yang mahu menguasai dunia.

Katanya, menerusi kertas kerja ‘The Century of America’, gerakan itu cuba mempengaruhi golongan tertentu untuk membantu membentuk kerajaan yang tunduk kepada kuasa besar itu.

“Perubahan rejim bermakna mereka sanggup berperang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak bersetuju dengan mereka menerusi penubuhan kerajaan yang menyokong. Anwar selalu jumpa mereka dan beritahu kalau jadi Perdana Menteri, dia akan mansuhkan itu, mansuhkan ini... nak bagi kebebasan pada rakyat."

“Dia dapat sokongan tidak tahulah sama ada duit ke apa. Dia dan beberapa orang termasuk peguam mendapat bantuan dari satu badan yang ditubuh khusus oleh kerajaan AS untuk membantu mereka menjatuhkan kerajaan yang mereka tidak suka,” katanya.

Meneruskan Karya melalui DETGUAQ


Aku dapati ramai yang merungut bahawa susah untuk mencapai blog pelantaqhujah.  Ini adalah diakibatkan blogger content warning yang menyebabkan ramai pihak tidak berani untuk meneruskan perjalanan merentasi amaran oleh pihak blogspot.com.  Walaupun aku dah membaut beberapa aduan kepada admin blogspot untuk 'remove' blogger content warning', namun ianya tidak diendahkan oleh mereka.  Mungkin bahasa aku tidak menepati maksud yang mereka fahami...

Oleh itu setelah aku pada hari ini berasa sedikit agak sihat setelah pagi tadi sejam aku duduk diatas arus elektrik bervoltan rendah disatu pusat terapi elektrik bagi mengembalikan tenaga aku yang banyak hilang akibat demam hampir seminggu, bersempena pertabalan DYMM Sultan Kedah, payung negeri yang amat rakyat Kedah kasihi termasuk aku sebagai rakyat raja sebagai YDP Agong pada hari ini, 13/12/2011 maka aku akan menggunakan platform ini sebagai meneruskan pandangan, cadangan, komen, kritik dan juga petikan-petikan yang menarik samada dari blog-blog rakan lain mahupun dari akhbar-akhbar tertentu.

Semua ini aku buat untuk membantu sekadar mampu dengan kedudukan atau kelas aku dalam strata politik sedia ada hanya satu tujaunnya iaitu bagi memastikan KEDAH KEMBALI DIRAMPAS DARI TANGAN MEREKA YANG HANYA PANDAI BERCAKAP TAPI KERJANYA HANCUR KETANGAN BARISAN NASIONAL DAN UMNO bagi kelangsungan survival politik yang teracuan sebegitu cantik semenjak merdeka dahulu lagi.

Terima kasih kepada rakyat yang telah memberi pengajaran berupa peringatan bahawa mereka bukannya tidak mahu lagi berada dibawah pentadbiran UMNO/BN, tetapi muak dengan perangai segelintir pemimpin baik bertaraf Perdana Menteri, Menteri, wakil-wakil rakyat mahupun ketua-ketua bahagian yang terlalu jauh hanyut dibuai khayalan sehingga lupa kepada rakyat yang tetap mahukan BN/UMNO menaungi mereka.

Aku harap terus mendapat sokongan dari pengunjung-pengunjung yang biasa bertandang di pelantaqhujah ke tempat baru ini.

DETGUAQ.

Sultan Kedah lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pagi ini


Sultan Kedah lafaz sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pagi ini

December 13, 2011
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Sultanah Haminah Hamidun disambut pada istiadat keberangkatan tiba baginda di medan bangunan Parlimen. — Foto oleh Choo Choy May
SEPANG, 13 Dis — Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14.
Ketibaan Tuanku Abdul Halim bersama Tuanku Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.
Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat.
Baginda berdua kemudian berangkat ke Dataran Parlimen di Kuala Lumpur untuk sambutan penuh istiadat.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara pada 14 Oktober lepas sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini, lapor Bernama Online.
Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.
Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.
Ketibaan Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah di Dataran Parlimen pada pukul 10 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut keberangkatan tiba baginda berdua.
Baginda berdua kemudian diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti dengan persembahan tabik “Hormat Diraja” oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin Leftenan Nor Azizan Yahaya.
Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah.
Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan disusuli dengan tabik Hormat Diraja dan lagu Negara Ku.
Baginda berdua kemudian menerima menghadap menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!


Keberangkatan balik Tuanku Mizan



YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah melambaikan tangan kepada para pemimpin negara dan rakyat ketika berangkat balik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam. – BERNAMA



KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ketibaan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah di Dataran Parlimen sempena Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja.
Ketibaan pasangan diraja itu disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sambil diiringi tiupan nafiri oleh 20 anggota daripada Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.
Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah yang berpakaian rasmi kemudiannya diiringi oleh Najib dan Muhyiddin bersama isteri masing-masing ke pentas diraja dan melintasi pasukan kawalan bertombak diikuti persembahan tabik Hormat Diraja oleh kawalan kehormat dan disusuli lagu Negaraku oleh Pasukan Pancaragam dari Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin oleh Mejar Ahmad Muzaimi Mohd. Ali.
Pada masa sama, panji peribadi Yang di-Pertuan Agong berwarna hijau dan kuning turut dikibarkan sambil diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Mizan kemudiannya berkenan memeriksa barisan kawalan kehormat Batalion Pertama Regimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada 103 anggota dan pegawai yang diketuai oleh Leftenan Mohd. Nor Azizan Yahya.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh kemudiannya memimpin bacaan doa selamat dan disusuli tabik Hormat Diraja serta lagu Negaraku sekali lagi.
Pasangan diraja itu kemudian bersalaman dengan barisan Jemaah Menteri, ahli-ahli Parlimen, serta wakil kedutaan asing sebelum berangkat ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Sementara itu di kiri, kanan jalan menuju ke bangunan Parlimen, rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum berbaris panjang sambil mengibarkan bendera Malaysia untuk mengucapkan selamat berangkat balik kepada Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah.
Tuanku Mizan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada 26 April 2007.

**********************************************************************************************************************************

Tuanku Abdul Halim lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14

13/12/2011 11:42am

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu”azam Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.
Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Okt lepas untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa hari ini, bagi menggantikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 semalam.
Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.
Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lepas. - Bernama

Pelantikan Yang DiPertuan Agong kali kedua adalah penghormatan bersejarah



Pelantikan Yang DiPertuan Agong kali kedua adalah penghormatan bersejarahPDFPrintE-mail
Hear this article
Isnin, 12 Disember 2011 17:26 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR, 12 Disember – Pelantikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14 merupakan satu penghormatan bersejarah bagi kali kedua dan menjadi satu kebanggaan kepada Kerajaan Negeri dan juga rakyat.
Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, bagi memastikan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri Kedah yang tercinta, beliau dan juga kepimpinan negeri, anggota-anggota perkhidmatan awam serta rakyat berikrar dengan penuh taat setia mencurahkan tenaga dan fikiran bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negeri ini terus terjamin.
“Patik serta rakyat berdoa agar KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan usia, sihat sejahtera serta memerintah dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan keamanan di atas takhta singgahsana Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini.
Menurutnya, agenda Kerajaan Negeri ialah bagi menjamin kebajikan rakyat terus didokong, hubungan baik Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan terus dijaga serta mengekalkan perpaduan antara pelbagai kaum di kalangan rakyat di negeri ini.
Menteri Besar memberitahu, pastinya, pesanan serta pandangan KDYMM Tuanku Sultan Kedah selama ini yang sentiasa memberi pandangan yang konstruktif, memberi galakan dan tunjuk ajar kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat sekalian serta menekankan supaya keadilan, keamanan terus ditegakkan di negeri Kedah yang dicintai, menjadi suntikan serta panduan bagi patik mengemudikan pentadbiran negeri.
“Patik sekali lagi dengan penuh hormat dan takzimnya melafazkan persembahan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah atas pelantikan sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14,” tambahnya.

KDYMM Tuanku Sultan umum pelantikan Jemaah Pemangku Sultan


KDYMM Tuanku Sultan umum pelantikan Jemaah Pemangku SultanPDFPrintE-mail
Hear this article
Isnin, 12 Disember 2011 17:23 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
ALOR SETAR, 12 Disember – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah bertitah mengumumkan pelantikan Jemaah Pemangku Sultan, bagi memastikan agar segala urusan pemerintahan negeri ini dijalankan dengan sempurna dan teratur.
“Jawatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan kepada Seri Paduka Adinda Beta telah diamanahkan kepada Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia (YTM) Dato’ Seri Utama Dato’ Seri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Seri Paduka Adinda Beta yang dikasihi YTM Dato’ Seri DiRaja Tunku Sallehudin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Anakanda Beta yang dikasihi Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Ahli di dalam Jemaah tersebut berkuatkuasa mulai 13 Disember 2011 bersamaan 17 Muharram 1433 Hijrah,” titah Baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis Istiadat Pelantikan Jemaah Pemangku Sultan Kedah sempena Pelantikan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong ke-14 di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, di sini. Baginda percaya bahawa tugas dan tanggungjawab Jemaah adalah berat tetapi Baginda yakin dan percaya bahawa Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan akan melaksanakan kewajipan mereka dengan penuh komitmen dan dedikasi dengan mendapat nasihat daripada Kerajaan Baginda yang dipimpin oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak serta barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). “Kepada Seri Paduka Adinda-Adinda dan Seri Paduka Anakanda, jalankanlah amanah ini dengan jujur dan dedikasi kerana Raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan dan dijadikan keutamaan dan kepentingan negeri serta rakyat sebagai tanggungjawab yang dipikul dengan adil dan saksama,” titah Baginda.
Kepada anggota Kerajaan dan pentadbiran awam, Baginda juga turut berpesan supaya melaksanakan tugas dan kewajipan dengan penuh disiplin, dedikasi dan amanah. Walaupun Baginda berada ditampok Pemerintahan Persekutuan, namun kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negeri ini sentiasa berada dekat di hati sanubari Baginda. “Kepada pemimpin-pemimpin di semua peringkat, jadilah pemimpin yang berpegang teguh kepada nilai-nilai yang suci dan meletakkan kepentingan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Allah SWT telah menjadikan manusia makhluk yang sempurna dan khalifah di muka bumi ini supaya kita semua melakukan kebaikan dan bukannya keburukan,” titah Baginda.
Baginda turut menyeru kepada seluruh rakyat yang dikasihi agar sentiasa mengekalkan persefahaman dan hidup di dalam aman damai serta harmoni. “Keamanan yang telah kita bina bukanlah datang bergolek tetapi adalah hasil titik peluh dan pengorbanan seluruh pemimpin serta rakyat dari segenap lapisan dan kaum untuk menjadikan negeri ini dan negara Malaysia apa yang kita lihat pada hari ini,” titah Baginda.
Baginda percaya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan sifat toleransi, bertolak ansur, muhibbah serta berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing yang semuanya mengutamakan ketenteraman dan keamanan umat. “Ambillah iktibar dari apa yang berlaku di negara-negara lain kerana keamanan dan kemakmuran yang kita bina selama ini boleh musnah dalam sekelip mata jika kita membiarkan api permusuhan merebak di dalam hati sanubari kita semua,” titah Baginda.
Baginda bertitah, marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan kita dikurniakan dengan kebijaksanaan untuk memilih apa yang terbaik untuk diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

Monday 12 December 2011

30 ribu rakyat jelata dijangka iringi keberangkatan Tuanku Sultan


30 ribu rakyat jelata dijangka iringi keberangkatan Tuanku SultanPDFPrintE-mail
Hear this article
 
ALOR SETAR – Rakyat negeri Kedah dijemput meraikan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah ke Kuala Lumpur sempena pelantikan baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14, Selasa ini (13 Disember 2011).
KDYMM Tuanku Sultan dan KDYMM Tuanku Sultanah dijangka diarak oleh rakyat jelata dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim jam 7.00 pagi dengan menggunakan kenderaan khas.
Menurut Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan Korporat), Mohamad Rizal Mohamad Radzi, perjalanan adalah sejauh 5.3 kilometer dengan mengambil masa 30 minit memberi ruang kepada rakyat bagi melihat baginda berdua sebelum berangkat ke Kuala Lumpur.
“Rakyat dijemput untuk sama-sama meraikan baginda berdua berangkat ke Kuala Lumpur pada hari Selasa ini.
“Sepanjang perjalanan dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang, pertunjukan silat turut diadakan di setiap hentian bas, dijangkakan lebih 30,000 rakyat akan berkumpul disepanjang perjalanan ini,” ujar beliau.
Untuk makluman pengguna, jalan tersebut akan ditutup untuk laluan bermula 6.30 pagi hingga 9.00 pagi.